Ahad, 9 Ogos 2009

UNDANG-UNDANG KOPERASI

BERIKUT ADALAH UNDANG2 KOPERASI

RANG UNDANG-UNDANG
Fasal 71 bertujuan memberikuasa Ketua Pendaftar, selepas
pemeriksaan atau siasatan yang tersebut dahulu, membubarkan
sesuatu koperasi. Sesuatu koperasi boleh juga dibubarkan jika
Ketua Pendaftar menerima permohonan daripada tiga perempat
daripada anggota koperasi itu. Bagaimanapun, rayuan boleh dibuat
terhadap keputusan Ketua Pendaftar. Fasal 72 bertujuan
membenarkan Ketua Pendaftar membatalkan pendaftaran sesuatu
koperasi jika bilangan anggota koperasi itu menjadi kurang
daripada sepuluh orang. Fasal 74 bertujuan memberi Ketua
Pendaftar kuasa untuk melantik pelikuidasi berkenaan dengan
koperasi-koperasi itu, sementara fasal 75 menyatakan kuasa-kuasa
pelikuidasi itu. Fasal 76 bertujuan memberi Ketua Pendaftar kuasa
mengawal pelikuidasian sesuatu koperasi. Fasal 77 bertujuan
memberi Mahkamah Sesyen kuasa untuk menguatkuasakan sesuatu
perintah yang dibuat oleh pelikuidasi itu. Fasal 79 bertujuan
membuat peruntukan mengenai susunan keutamaan pembayaran
oleh pelikuidasi itu.
Fasal 80 bertujuan memberi Ketua Pendaftar kuasa untuk
mengenakan surcaj ke atas pegawai-pegawai, ejen-ejen atau
pengkhidmat-pengkhidmat sesuatu koperasi dalam hal-hal keadaan
tertentu. Contohnya, kuasa itu boleh dijalankan oleh Ketua
Pendaftar jika pegawai, ejen atau pengkhidmat itu didapati telah
menyalahgunakan atau menyimpan atau menjadi bertanggungan
atau bertanggungjawab bagi apa-apa wang atau harta koperasi itu.
Rayuan boleh dibuat, di bawah peruntukan-peruntukan yang
dicadangkan dalam fasal 81 terhadap sesuatu perintah yang dibuat
oleh Ketua Pendaftar di bawah fasal ini.
Fasal 82 adalah mengenai penyelesaian pertikaian jika
pertikaian itu menyentuh pemilihan pegawai, penjalanan mesyuarat
agung, pengurusan atau perniagaan sesuatu koperasi. Fasal ini
bertujuan memberi Ketua Pendaftar kuasa untuk memutuskan
pertikaian-pertikaian sedemikian. Pertikaian-pertikaian sedemikian
boleh juga dirujukkan oleh Ketua Pendaftar kepada penimbangpenimbang
tara atau dia boleh mengarahkan supaya pihak-pihak
dalam pertikaian itu merujukkannya kepada mahkamah.
Fasal 83 bertujuan memberi Menteri kuasa untuk menubuhkan
tribunal untuk mendengar dan memutuskan pertikaian-pertikaian.
Fasal 84 bertujuan membenarkan Ketua Pendaftar atau Menteri
merujukkan apa-apa persoalan undang-undang yang berbangkit
semasa membuat keputusan di bawah Akta yang dicadangkan ini
kepada Mahkamah Tinggi bagi mendapatkan pendapatnya.
10. Bahagian IX memperkatakan perkara-perkara pelbagai.
Fasal 85 bertujuan membenarkan sesuatu koperasi bergabung
dengan suatu koperasi yang lain, memindahkan aset-aset dan
liabiliti-liabilitinya kepada suatu koperasi yang lain atau
membahagikan dirinya menjadi dua koperasi atau lebih.

Tiada ulasan: