Jumaat, 7 Ogos 2009

KERTAS KERJA CADANGAN KOPERASI MELAYU BENTA


SALAM BAHAGIA, KAT BAWAH NI KEH LETAKKAN KERTAS KERJA KOOP BENTA YG DICADANGKAN TGK2 LAH N KOMEN ADA MENDA NAK TAMBAH ATAU YG SALAH, BOLEH DIBETULKAN.

KERTAS KERJA
PERMOHONAN PENUBUHAN
KOPERASI KG. MELAYU BENTA
KUALA LIPIS BERHAD


KOPERASI KG. MELAYU BENTA, 27300 KUALA LIPIS
PAHANG DARUL MAKMUR
­­­­­­­­­­­­
Kepada ;

Pengarah
Suruhanjaya Koperasi Malaysia
Negeri Pahang,
25000 Kuantan

Melalui ;

Pegawai
Suruhanjaya Koperasi Malaysia
Wilayah Kuala Lipis,
Pahang Darul Makmur.

Tuan ;

PERMOHONAN UNTUK MENUBUHKAN KOPERASI KG. MELAYU BENTA, KUALA LIPIS BERHAD.

Adalah dimaklumkan kepada tuan, seperti nama-nama disebutkan seperti dilampiran adalah anggota penaja memohon menubuhkan sebuah koperasi bagi tujuan menjalankan beberapa aktiviti seperti berikut ;

1. Aktiviti pertanian

i. Menjalankan aktiviti penanaman kelapa sawit dan getah termasuklah kerja-kerja pengurusan ladang.
ii. Menjalankan kerja-kerja kontrak ladang seperti mengangkut
buah BTB dan BTS.
iii. Kontrak pengurusan ladang serta kerja kontrak pembekalan
Baja dan racun.
iv Mengusahakan projek tanaman kontan serta penternakan ikan
dan ayam.

2. Bersama-sama ini kami sertakan kepada tuan butiran-butiran mengenai
koperasi yang akan ditubuhkan ini.

Sekian ;


……………………..
Muhamad Nazim B Jalaluddin
Setiausaha Penaja



PROJEK DAN AKTIVITI
KOPERASI


CADANGAN PROJEK DAN AKTIVITI KOPERASI

Koperasi yang dipohon kebenaran penubuhan ini adalah jelas ke arah menjalankan aktiviti pertanian, oleh yang demikian pihak anggota jawatankuasa penaja dan bakal-bakal anggota merancang dan bercadang untuk menjalankan aktiviti pertanian selaras dengan keupayaan anggota-anggota yang bakal menyertai koperasi ini yang mana kebanyakannya mengusahakan tanah pertanian seperti tanaman jangka panjang dan tanaman jangka pendek.

Anggota-anggota lain juga ada yang terlibat dengan perniagaan peruncitan, pembinaan dan pengusaha-pengusaha industri kecil dan sederhana. Ada juga yang menjalankan aktiviti pembinaan, pengangkutan dan pembekalan.

Perladangan

Koperasi akan menjalankan aktiviti kontrak tanaman semula kelapa sawit dan pengurusdan ladang getah di kawasan daerah Lipis khasnya negeri Pahang. Selain itu, pengurusan akan menjalankan kerja-kerja pengurusan ladang seperti pembersihan, membaja, meracun dan membaiki jalan ladang.

Koperasi juga akan mendapatkan kontrak-kontrak memotong dan mengangkut BTB dan BTS dari ladang ke kilang sawit. Koperasi juga akan menjadi pembekal baja dan racun serta keperluan tenaga buruh mengikut keperluan semasa.

Tanaman Jangka Pendek

Dalam hal ini, koperasi dijangkakan akan mengusahakan projek tanam cili dan tomato secara fertigasi, disamping tanam sayur-sayuran yang akan diusahakan oleh anggota-anggota koperasi secara berkelompok derngan kawalan induk oleh pentadbiran koperasi.

Penternakan

Koperasi juga akan menjalankan aktiviti penternakan ikan ayam kampung, burung puyuh dan ikan air tawar. Projek ini akan diusahakan oleh anggota-anggota secara berkelompok
Dengan kawalan oleh koperasi.

Sungguhpun demikian koperasi akan menjalankan beberapa aktiviti ekonomi lain pada masa hadapan secara berperingkat mengikut perancangan. Adalah dijangkakan penubuhan koperasi ini pada asasnya akan dapat membantu anggota-anggota merencanakan pertambahan ekonomi mereka.


PERMOHONAN
PENUBUHAN KOPERASI


KOPERASI KG. MELAYU BENTA, 27300 KUALA LIPIS
PAHANG DARUL MAKMUR
­­­­­­­­­­­­
Kepada ;

Pengarah
Suruhanjaya Koperasi Malaysia
Negeri Pahang,
25000 Kuantan

Melalui ;

Pegawai
Suruhanjaya Koperasi Malaysia
Wilayah Kuala Lipis,
Pahang Darul Makmur.

Tuan ;

PERMOHONAN UNTUK MENUBUHKAN KOPERASI KG. MELAYU BENTA, KUALA LIPIS BERHAD.

Adalah dimaklumkan kepada tuan, seperti nama-nama disebutkan seperti dilampiran adalah anggota penaja memohon menubuhkan sebuah koperasi bagi tujuan menjalankan beberapa aktiviti seperti berikut ;

3. Aktiviti pertanian

i. Menjalankan aktiviti penanaman kelapa sawit dan getah termasuklah kerja-kerja pengurusan ladang.
ii. Menjalankan kerja-kerja kontrak ladang seperti mengangkut
buah BTB dan BTS.
iii. Kontrak pengurusan ladang serta kerja kontrak pembekalan
Baja dan racun.

iv Mengusahakan projek tanaman kontan serta penternakan ikan
dan ayam.

v Membuka pusat pengumpulan hasil-hasil ladang dan pertanian daripada penduduk setempat untuk dipasar dan dikomersialkan secara bersistematik

4. Bersama-sama ini kami sertakan kepada tuan butiran-butiran mengenai
koperasi yang akan ditubuhkan ini.

Sekian ;



......................................................
MUHAMAD NAZIM BIN JALALUDDIN
Setiausaha Penaja


MAKLUMAT KOPERASI KG. MELAYU BENTA BERHAD


Pengenalan.

Nama koperasi yang dicadangkan adalah dibincangkan serta dipilih secara bersama-sama dalam mesyuarat anggota penaja yang telah diadakan. Nama tersebut adalah mengikut keutamaan.

1. KOPERASI MELAYU BENTA

2. KOPERASI BENTA BERSATU

3. KOPERASI PERPADUAN BENTA


Kawasan Operasi Koperasi

Kawasan operasi koperasi ini adalah dalam daerah Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur. Keanggotaan koperasi dijangkan akan diperolehi dari Kuala Lipis, Benta dan kawasan sekitarnya. Walau bagaimanapun, pihak anggota penaja akan mengenalpasti secara terperinci setiap permohonan untuk menjadi anggota.

Bakal-bakal anggota yang mempunyai masalah bankrap dan mempunyai rekod jenayah akan ditolak tanpa rayuan.



Anggota Koperasi.

Koperasi ini menjangkakan keanggotaan koperasi ini semasa pendaftarannya adalah 50 orang yang terdiri di kalangan penduduk sekitar Kg. Melayu Benta.

Keanggotaan ini dijangkakan akan bertambah secara berperingkat-peringkat dari masa ke semasa, perkara ini adalah capaian pihak kami yang diperoleh melalui bancian secara rambang dikalangan penduduk setempat yang belum menyertai mana-mana pertubuhan yang boleh meningkatkan ekonomi mereka secara khususnya.


Modal Koperasi.

Koperasi dijangka dapat mengum pulkan modal awalnya melalui kutipan syer anggotanya melebihi RM10,000.00 serta kos pengurusannya diperolehi melalui bayaran fee masuk anggota.

Koperasi dijangka akan membuat perancangan bahawa setiap anggota dikehendaki melanggan syer sekurang-kurangnya RM200.00 dan RM25.00 sebagai fee masuk.

Koperasi juga akan mendapat modal tambahan dari pihak kewangan berdaftar serta Suruhanjaya Koperasi Malaysia sendiri melalui pinjaman ataupun bantuan untuk menggerakkan aktivitinya.



SENARAI ANGGOTA LEMBAGA PENAJA PENUBUHAN KOPERASI


SENARAI ANGGOTA JAWATANKUASA PENAJA KOPERASI


1. Pengerusi





2. Setiausaha





3. Bendahari





4. Anggota jawatankuasa(seramai 10 ke 15 orang mengikut keperluan)





Tiada ulasan: