Ahad, 9 Ogos 2009


Akta Koperasi, 1993 (Akta 502)

Suatu Akta untuk membuat peruntukan bagi penubuhan, pendaftaran, penagwal dan pengawalselian koperasi-koperasi; untuk menggalakkan perkembangan koperasi-koperasi; dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

PERMULAAN
1. Tajuk ringkas dan mula berkuatkuasa.
1.1 Akta ini boleh dinamakan Akta Koperasi 1993.
1.2 Akta ini hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan yang disiarkan dalam Warta, dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi mula berkuatkuasanya Akta ini di bahagian-bahagian yang berlainan di Malaysia atau bagi mula berkuatkuasanya peruntukan-peruntukan yang berlainan dalam Akta ini.

2.Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain:
Anggota :termasuklah seseorang atau sesuatu koperasi berdaftar yang turut sama dalam permohonan pendaftaran sesuatu koperasi, dan seseorang atau sesuatu koperasi berdaftar yang diterima menjadi anggota mengikut peraturan-peraturan dan undang-undang kecil selepas pendaftaran;

Deposit :
ertinya wang yang didepositkan oleh mana-mana orang dengan sesuatu koperasi berdaftar dalam suatu akaun tetap atau akaun tabungan atau akaun deposit yang lain tetapi tidak termasuk syer atau yuran atau simpanan khas;

Dividen :
ertinya bahgian kewangan keuntungan sesuatu koperasi berdaftar yang dibahagikan di kalangan anggota-anggotanya mengikut kadar modal syer atau modal yuran yang dipegang oleh mereka;

Kesalahan Boleh Daftar :

ertinya kesalahan yang boleh didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran Penjenayah-penjenayah dan Orang-orang Tak Diingini 1969 sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama dan Kedua kepada Akta itu;

Ketua Pendaftar :

ertinya Ketua Pendaftar Koperasi yang dilantik di bawah seksyen 3;

Koperasi Asas :ertinya koperasi yang didaftarkan di bawah subseksyen 4(1);

Koperasi Atasan :ertinya koperasi yang didaftarkan di bawah subseksyen 4(3);

Koperasi Berdaftar :ertinya koperasi yang didaftarkan di bawah Akta ini;

Koperasi Menengah :
ertinya koperasi yang didaftarkan di bawah subseksyen 4(2);
Lembaga :

ertinya badan pengelola sesuatu koperasi berdaftar yang kepadanya pengurusan hal-ehwal koperasi itu diamanahkan;
Mesyuarat Agung Permulaan :

ertinya mesyuarat agung yang padanya orang-orang yang berhasrat hendak menubuhkan suatu koperasi membuat ketetapan untuk menubuhkan koperasi itu, untuk menerima-pakai undang-undang kecil yang dicadangkan bagi koperasi itu dan untuk memohon supaya koperasi itu didaftarkan;
Pegawai :

ertinya pengerusi, setiausaha, bendahari atau mana-mana anggota lain sesuatu Lembaga dan termasuklah mana-mana orang lain yang diberikuasa oleh peraturan-peraturan atau undang-undang kecil untuk memberikan arahan-arahan berkenaan dengan urusan koperasi berdaftar itu;

Peraturan :

ertinya peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

Perlantikan :

termasuklah apa-apa perlantikan atau perlantikan semula melalui pemilihan;

Perniagaan Pembiayaan :

ertinya perniagaan penerimaan deposit dan

a. pemberian pinjaman atau pemberian apa-apa kemudahan kredit lain; atau

b.pemberian pinjaman dan pemberian apa-apa kemudahan kredit lain;

Perwakilan :
ertinya-
a.wakil anggota-anggota individu, yang dipilih di mesyuarat peringkat wilayah anggota-anggota sesuatu koperasi asas yang mesyuarat agung anggotanya digantikan dengan mesyuarat agung perwakilan; atau

b.wakil sesuatu koperasi berdaftar yang ialah anggota suatu koperasi berdaftar yang lain yang mesyuarat-mesyuaratnya wakil itu telah dipilih atau dilantik untuk menghadirinya;


Potongan Langganan :

ertinya bahagian keuntungan sesuatu koperasi berdaftar yang dibahagikan di kalangan anggota-anggotanya mengikut kadar banyaknya perniagaan yang dilakukan oleh mereka dengan koperasi itu dan yang daripadanya keuntungan koperasi itu diperoleh;

Prinsip-Prinsip Koperasi :

termasuklah-

a.keanggotaan sukarela dan terbuka;
b.pengurusan yang demokratik;
c.pulangan terhad atas modal yang disumbangkan oleh anggota-anggota;
d.pembahagian keuntungan dengan saksama;
e.penggalakan pendidikan koperasi; dan
f.kerjasama aktif di kalangan koperasi-koperasi berdaftar;

Sabitan :termasuklah sesuatu dapatan bersalah dan pembuktian kesalahan;

Simpanan Khas :

ertinya wang yang didepositkan oleh seseorang anggota dengan sesuatu koperasi berdaftar dengan niat nyata untuk menggunakan wang yang didepositkan untuk suatu maksud yang dinyatakan yang dibenarkan di bawah peraturan-peraturan:

Subsidiari :

sesuatu koperasi berdaftar ertinya sesuatu syarikat, sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Syarikat 1965, yang komposisi Lembaga Pengarahnya atau lebih daripada separuh kuasa mengundinya dikawal oleh koperasi berdaftar itu, atau yang lebih daripada separuh modal syer diterbitkannya dipegang oleh koperasi berdaftar itu, dan termasuklah sesuatu subsidiari, sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta itu, bagi syarikat itu;

Syer :

ertinya bahagian dalam modal syer sesuatu koperasi berdaftar yang disumbangkan oleh seseorang anggota berkenaan dengan keanggotaannya dalam koperasi berdaftar itu;

Undang-Undang Kecil :

ertinya undang-undang kecil berdaftar yang dibuat oleh sesuatu koperasi berdaftar pada menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan oleh Akta ini, dan termasuklah sesuatu pindaan berdaftar undang-undang kecil itu;

Wang Berlebihan :

ertinya wang yang melebihi amaun yang diperlukan oleh sesuatu koperasi berdaftar bagi kegunaan segera sebagai modal kerja bagi perniagaannya, yang boleh didepositkan atau dilaburkan di luar koperasi itu tanpa menjejaskan pengendalian perniagaan itu;

Yuran :

ertinya jurnlah wang yang disumbangkan pada lat-lat masa yang tetap oleh seseorang anggota berkenaan dengan keanggotaannya dalam sesuatu koperasi berdaftar dan yang boleh dikeluarkan apabila tamat keanggotaannya.
3.Ketua Pendaftar dan Pendaftar-Pendaftar

3.1 Yang di-Pertuan Agong boleh melantik seseorang untuk menjadi Ketua Pendaftar Koperasi bagi Malaysia.

3.2 Ketua Pendaftar boleh melantik sekian bilangan pegawai awam sebagaimana yang perlu untuk menjadi Pendaftar untuk membantunya dan Pendaftar-Pendaftar itu hendaklah, tertakluk kepada kawalan Ketua Pendaftar, mempunyai segala kuasa dan fungsi Ketua Pendaftar kecuali kuasa dan fungsi yang dinyatakan dalam seksyen 65, 69, 71, 71A, 71B, 71C,72, 92 dan 93.

3.3 Fungsi-fungsi Ketua Pendaftar ialah-

a.mendaftarkan dan membatalkan pendaftaran koperasi-koperasi dan memastikan bahawa koperasi-koperasi berfungsi mengikut peruntukan-peruntukan Akta ini;

b.menasihati Menteri tentang apa-apa perkara yang berhubungan dengan koperasi;

c.menggalakkan dan meningkatkan penubuhan dan pembangunan koperasi dalam semua sektor ekonomi dan membantu koperasi-koperasi meningkatkan kecekapannya.

3.4 Sebagai tambahan kepada kuasa-kuasa, kewajipan-kewajipan dan fungsi-fungsi yang diberikan kepada Ketua Pendaftar oleh Akta ini dan peraturan-peraturan, Ketua Pendaftar hendaklah mempunyai dan boleh menjalankan segala kuasa, menunaikan segala kewajipan dan melaksanakan segala fungsi yang perlu bagi maksud memberikan kuatkuasa kepada dan melaksanakan peruntukan-peruntukan Akta ini.

3.5 Orang yang sedang menjalankan kewajipan-kewajipan Ketua Pendaftar dan pengganti-penggantinya dalam jawatan hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan dengan nama "Ketua Pendaftar Koperasi, Malaysia" (dalam seksyen ini disebut "perbadanan itu"), yang hendaklah kekal turun-temurun dan mempunyai meterai perbadanan dan yang boleh-

a. membuat kontrak dan mendakwa dan didakwa dengan namanya yang tersebut itu;

b. memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati segala jenis harta alih dan tak alih; dan

c. menjual, memindahhakkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik dan memulangkan, menggadai-janji, menggadaikan, mendemis, menyerahhakkan semula, memindahkan atau selainnya melupuskan apa-apa harta alih dan tak alih yang terletakhak pada perbadanan itu atas apa-apa terma yang difikirkan patut oleh perbadanan itu.


3.6 Meterai perbadanan bagi perbadanan itu boleh, dari semasa ke sernasa, dipecahkan, ditukar, diubah dan dibuat baru sebagaimana yang difikirkan patut oleh perbadanan itu, dan sehingga suatu meterai diadakan di bawah seksyen ini suatu cap yang mengandungi tulisan "Ketua Pendaftar Koperasi, Malaysia" boleh digunakan sebagai meterai perbadanan.


3.7 Segala suratikatan, dokumen dan suratcara lain yang memerlukan meterai perbadanan itu hendaklah dimeteraikan dengan meterai perbadanan di hadapan pegawai yang sedang menjalankan kewajipan- kewajipan Ketua Pendaftar dan Ketua Pendaftar hendaklah menandatangani tiap-tiap suratikatan, dokumen atau suratcara lain sedemikian yang padanya meterai perbadanan telah dicapkan, dan penandatanganan sedemikian hendaklah menjadi keterangan yang mencukupi bahawa meterai itu telah dicapkan dengan sewajarnya dan sepatutnya dan bahawa meterai itu ialah meterai sah bagi perbadanan itu.


3.8 Perbadanan hendaklah menyenggara rekod-rekod dan akaun-akaun yang sepatutnya berkenaan dengan transaksi-transaksinya dan akaun-akaun itu hendaklah diaudit setiap tahun oleh Ketua Audit Negara.


UNDANG-UNDANG KOPERASI

BERIKUT ADALAH UNDANG2 KOPERASI

RANG UNDANG-UNDANG
Fasal 71 bertujuan memberikuasa Ketua Pendaftar, selepas
pemeriksaan atau siasatan yang tersebut dahulu, membubarkan
sesuatu koperasi. Sesuatu koperasi boleh juga dibubarkan jika
Ketua Pendaftar menerima permohonan daripada tiga perempat
daripada anggota koperasi itu. Bagaimanapun, rayuan boleh dibuat
terhadap keputusan Ketua Pendaftar. Fasal 72 bertujuan
membenarkan Ketua Pendaftar membatalkan pendaftaran sesuatu
koperasi jika bilangan anggota koperasi itu menjadi kurang
daripada sepuluh orang. Fasal 74 bertujuan memberi Ketua
Pendaftar kuasa untuk melantik pelikuidasi berkenaan dengan
koperasi-koperasi itu, sementara fasal 75 menyatakan kuasa-kuasa
pelikuidasi itu. Fasal 76 bertujuan memberi Ketua Pendaftar kuasa
mengawal pelikuidasian sesuatu koperasi. Fasal 77 bertujuan
memberi Mahkamah Sesyen kuasa untuk menguatkuasakan sesuatu
perintah yang dibuat oleh pelikuidasi itu. Fasal 79 bertujuan
membuat peruntukan mengenai susunan keutamaan pembayaran
oleh pelikuidasi itu.
Fasal 80 bertujuan memberi Ketua Pendaftar kuasa untuk
mengenakan surcaj ke atas pegawai-pegawai, ejen-ejen atau
pengkhidmat-pengkhidmat sesuatu koperasi dalam hal-hal keadaan
tertentu. Contohnya, kuasa itu boleh dijalankan oleh Ketua
Pendaftar jika pegawai, ejen atau pengkhidmat itu didapati telah
menyalahgunakan atau menyimpan atau menjadi bertanggungan
atau bertanggungjawab bagi apa-apa wang atau harta koperasi itu.
Rayuan boleh dibuat, di bawah peruntukan-peruntukan yang
dicadangkan dalam fasal 81 terhadap sesuatu perintah yang dibuat
oleh Ketua Pendaftar di bawah fasal ini.
Fasal 82 adalah mengenai penyelesaian pertikaian jika
pertikaian itu menyentuh pemilihan pegawai, penjalanan mesyuarat
agung, pengurusan atau perniagaan sesuatu koperasi. Fasal ini
bertujuan memberi Ketua Pendaftar kuasa untuk memutuskan
pertikaian-pertikaian sedemikian. Pertikaian-pertikaian sedemikian
boleh juga dirujukkan oleh Ketua Pendaftar kepada penimbangpenimbang
tara atau dia boleh mengarahkan supaya pihak-pihak
dalam pertikaian itu merujukkannya kepada mahkamah.
Fasal 83 bertujuan memberi Menteri kuasa untuk menubuhkan
tribunal untuk mendengar dan memutuskan pertikaian-pertikaian.
Fasal 84 bertujuan membenarkan Ketua Pendaftar atau Menteri
merujukkan apa-apa persoalan undang-undang yang berbangkit
semasa membuat keputusan di bawah Akta yang dicadangkan ini
kepada Mahkamah Tinggi bagi mendapatkan pendapatnya.
10. Bahagian IX memperkatakan perkara-perkara pelbagai.
Fasal 85 bertujuan membenarkan sesuatu koperasi bergabung
dengan suatu koperasi yang lain, memindahkan aset-aset dan
liabiliti-liabilitinya kepada suatu koperasi yang lain atau
membahagikan dirinya menjadi dua koperasi atau lebih.

BUDAK SHUFFLE

NI DIA BUDAK2 DATANG KE CC KEH, DUK SURUH RAKAM MENARI PENING SHUFFLE LAH KONON

SEMALAM DI BANDAR LIPIS


SALAM BAHAGIA,


SEMALAM PI KE LIPIS DAH LEWAT GAK PI SBB PENAT DAH SIANGNYA DGN AKTIVITI, TEL MAIL IBRAHIM, DIA KATA ADA PROGRAM SUKAN PBT PAHANG KT LIPIS, MB PHG YANG RASMI, YB BENTA PUN ADA, SO KEH PI LAH. AJAK ANAK SEDARA KEH FIRDAUS(BOBO) TEMANKAN, SAMPAI2 TGK BANYAK KERETA SAMPAI KEH PARKING ATAS BUKIT, MASA 2 SEARAH ADIK DATO CT KITA TGH BUAT PERSEMBAHAN, LEPAS 2 AKAKNYA LAH, SAIDA, PAS2 BARU LAH DATO SITI, NYANYI 3 LAGU JE, RAMAI TUIL PEMINAT CT, ABIS PERSEMBAHAN, MAKAN DGN DATO2 VIP, DO SETIAP DEARAH PUN ADA, BERBORAK JAB DGN ABG TAT RAUF, (SEPUPU KEH)


TAKDA MENDA YANG M,ENARIK SGT LAH, SO AJAK BOBO BALIK SBB JAM PUN DAH KUL 12 LEBIH,


SO OK LAH, JUMPA LG




p/s ct masih mcm dulu, tp dia tak leh tahan tgk lelaki bermisai, hahahaha sapa yg dtg tau lah kan

PERKEMBANGAN KOPERASI BENTA BERSATU


SALAM, DALAM MASA BALIK 2 SEMPAT LAH KUMPUL SALINAN KAD PENGENALAN OIRG KG YG MANA NAK MASUK DAN SEMPAT KEH JUMPA UNTUK KOOP KITA, SO DAPAT LAH DALAM 30 ORG NAK JOIN, SO SEKARANG TGGU NAK ANTAR KE SURUHAN JAYA KOPERASI JE UNTUK KELULUSAN,


P/S harap sgt sokongan penduduk kg untuk menjayakan koperasi benta ni

p/s sem

pat lg pi tgk majlis kat skb benta untuk menraikan anak2 dun benta nak ambik upsr bulan depan, 2 kat atas pic semasa majlis kat skbenta

MAJLIS BERCUKUR KAT RUMAH BOB( HAJ MANAF)











ERMMM SALAM, LEPAS MAJLIS KAT TMN TERATAI ARI 2 ADA LAH LAK MAJLIS BERCUKUR KAT UMAH HJ MANAF, KAWAN KEH LAN AJAK SO KEH PI LAH, RAMAI GAK ORG, YB PUN DTG SEKALI, bab makan2 ni mmg keh suke, hehehe
salam




p/s bubur dia mmg lah sedap

FITNAH DI TAMAN TERATAI...

ERMM, NI CETA KALAU TAK CETA PUN TAK BEST KALAU CETA PUN TAK BEST, SO KENALAH CETA UNTUK HILANGKAN FITNAH NI DAN CERITA YG SEBENAR,
SO PENDEKKAN CERITA, ADALAH LAH URA2 ORG BERKATA(BUKAN ORG LAIN , ORG TMN TERATAIU GAK KOT) YANG SPONSOR PROGRAM KT TMN TERATAI SABTU BARU NI YB PADANG TENGKU, PADAHAL ABG BAHAMAN KITA KATA SEMUA WANG YG DIGUBNKAN ADALAH SUMBANGAN DR KAWAN2 N PENDUDUK YG IKHLAS UNTUK MENJAYAKAN MAJLIS TERSEBUT, SO DIAORG KATA YM PDG TENGKU 2 NAK DTG, DAN BUKANNYA YB KITA, NASIB BAIK LAH YB KITA JENIS TAK CEPAT MELATAH DAN OPEN MINDED, DIA TAK GADOH PUN KALAU DATANG PUN OK APA DIA KATA, SO SAMPAI LAH SELESAI BARU LAH TERBUKTI SEMUA TD FITNAH,
ERMMMM, BUKAN SENANG NAK BUAT KEJA BAIK NI, SO KEPADA YG BERUSAHA UNTUK MAJLIS NI JGN PUTUS ASA K, DAN BERSANGKA BAIK JE LAH SESAMA KITA. SEMOGA ALLAH REDHA N MENERIMA AMAL KEBAJIKAN KITA AMIN
SAMA-SAMA KITA PERHATIKAN NUKILAN SAHABAT NI PASAL FITNAH
‘Pulut Binasa, Mulut Merana’
Kata pepatah Melayu, ´kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan merana (binasa)´. Ia merupakan peringatan bahawa mengucapkan perkataan yang tidak baik boleh mendatangkan bencana kepada diri sendiri mahupun terhadap orang lain. Lidah adalah anugerah Allah kepada manusia untuk berkomunikasi tetapi ia sering disalahgunakan untuk mengeluarkan perkataan yang mendatangkan keburukan seperti menyebar fitnah, dusta dan bermaksud buruk yang membawa niat menjatuhkan maruah orang lain.Allah berfirman yang bermaksud: “Bukankah Kami telah memberikan kepadanya dua biji mata, lidah dan dua bibir. Dan Kami menunjukkan kepadanya dua jalan (jalan kebajikan dan jalan kejahatan).” - Surah al-Balad: 8-10Justeru, kita mestilah berhati-hati dalam percakapan sehari-harian. Jika dikhuatiri mengeluarkan perkataan tidak baik, lebih baik kita berdiam diri. Ini bagi mengelakkan diri daripada menanggung dosa dan bagi mengelakkan orang lain terasa hati. Jika kita sudah mengeluarkan kata-kata yang tidak disenangi orang lain, tentu sukar untuk kita menariknya balik. Lebih buruk lagi jika orang lain silap mendengarnya. Ini berkait rapat dengan kata-kata ´terlajak perahu boleh berundur, terlajak kata buruk padahnya´.Satu kesalahan yang paling rapat dengan lidah ialah penyebaran fitnah dan mengadu domba. Fitnah mendatangkan kesan bahaya dalam masyarakat kerana ia boleh menyebabkan perpecahan dan huru-hara. Allah mengingatkan manusia mengenai buruknya fitnah. Firman-Nya dalam surah al-Baqarah ayat 191 bermaksud: “Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan.” Banyak orang tidak sedar mereka melakukan fitnah kerana amalan itu sudah sebati dalam masyarakat. Ada yang menganggap melalui fitnah barulah mereka boleh berjaya dalam kehidupan di dunia sedangkan di akhirat akan berlaku sebaliknya. Fitnah boleh berlaku disebabkan pertandingan mendapatkan kuasa, pangkat, menjatuhkan orang lain dan kekayaan. Apa yang disebarkan untuk memburuk-burukkan individu atau kumpulan kerana perbuatan itu dapat menonjolkan dirinya sebagai lebih baik dan layak dibandingkan dengan orang lain. Ia juga menyebabkan nilai agama musnah daripada menjadi pegangan hidup dalam masyarakat. Apabila nilai agama yang menjadi tunjang kesempurnaan hidup hilang, maka banyak dosa dilakukan. Akta Fitnah 1957 yang menguruskan libel (fitnah bertulis yang disebarkan secara bertulis dan ada sesetengahnya diterbitkan tidak kira dalam bentuk artikal mahupun bentuk gambar) dan pencercaan atau ´slander´ (fitnah percakapan malahan gaya lenggok badan juga terlibat) melindungi hak individu dari tuduhan-tuduhan tidak berasas yang boleh merosakkan reputasi mereka. Ini merupakan cebis perundangan yang diperlukan. Di bawah undang-undang ini, sekiranya anda menerbitkan atau mengulangi kenyataan memfitnah, ungkapan-ungkapan mencela yang salah atau yang anda tidak boleh buktikan anda boleh disaman kerana memfitnah, dan di dalam beberapa kes, mendedahkan diri anda sendiri kepada pendakwaan di bawah jenayah memfitnah. Fitnah adalah sebahagian daripada perbuatan mengadu-domba. Apabila disebarkan, ia mudah menyebabkan permusuhan dua pihak. Permusuhan menjadi semakin tegang dan tidak terkawal apabila banyak fitnah ditabur. Apatah lagi jika ia tidak mempunyai asas kebenaran. Islam mengarahkan manusia supaya memastikan kebenaran sesuatu berita supaya tidak terperangkap dalam berita berunsur fitnah. Justeru, wajib bagi orang Muslim menghalusi setiap berita yang diterima sebelum mempercayainya. Kesahihan berita dapat dilakukan dengan melihat kepada fakta dan sumber berita itu. Jika perlu, gunakan masa lebih lama sebelum membuat keputusan. Lebih lama berfikir adalah lebih baik supaya tidak menanggung kesan buruk. Fikirlah segala kebaikan dan keburukan dalam membuat keputusan. Allah memberi hidayah kepada manusia untuk berfikir dengan hati terbuka dan mengharapkan petunjuk-Nya. Sekiranya berita yang diterima belum diketahui kebenarannya, jangan kita berbicara atau menyebarkannya. Kebijaksanaan dan kewarasan fikiran penting bagi memastikan kita tidak terpedaya dengan berita palsu berunsur fitnah. Dalam era teknologi maklumat, penyebaran fitnah mudah dilakukan melalui alat komunikasi tanpa perlu berdepan dengan orang lain, malah identiti penyebar juga dirahsiakan.Dosa fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, ia tidak diampunkan Allah melainkan orang yang difitnah memberi keampunan. Tentu sukar untuk mengakui kesalahan sendiri dan memohon keampunan daripada orang lain. Dosa fitnah juga menghalang seseorang itu untuk masuk ke dalam syurga. Rasulullah bersabda: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah”, hadis riwayat Bukhari dan Muslim. Iman Ghazali dalam buku Ihya Ulumuddin menjelaskan perbuatan membocorkan rahsia orang lain dan menjejaskan kehormatannya dengan cara membuka rahsia yang tidak mahu diketahui orang lain adalah perbuatan adu-domba dan fitnah. Mencari dan membocorkan rahsia orang dilarang Allah seperti di dalam firman-Nya bermaksud: “Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain”. Surah al-Hujuraat, ayat 12.Sesiapa yang menyebarkan berita berbentuk cacian dan kejian, kecelakaan besar bakal diterima sebagai balasan. Allah berfirman: “Kecelakaanlah bagi setiap pengumpat dan pencela.” (Surah al-Humazah: 1)Hanya orang yang berpekerti buruk melahirkan perkataan buruk. Orang cerdik tidak sekali-kali mengeluarkan perkataan buruk yang secara langsung melambangkan keburukan diri sendiri.